Header Ads

KPWKM nafi keluar arahan 'Perintah Berkurung'


Baru-baru ini tular di media sosial yang mendakwa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah mengeluarkan arahan perintah berkurung terhadap remaja di bawah umur 18 tahun. 

Bagaimanapun, KPKWM tampil menafikan dakwaan itu dan menjelaskan pihaknya tidak mengeluarkan sebarang arahan seperti itu terhadap golongan remaja di bawah usia 18 tahun. 

KPWKM menegaskan, maklumat yang tersebar di aplikasi WhatsApp itu adalah palsu dan menasihatkan orang ramai menyemak dulu maklumat yang diterima sebelum sebar di kalangan kenalan.

Sumber: Facebook KPWKM, Berita Harian
Powered by Blogger.