Header Ads

Fenomena obor-obor merah berbisa di 7 pantai Johor?


Baru-baru ini tersebar di aplikasi WhatsApp mengenai fenomena obor-obor merah berbisa di tujuh pantai di Johor. 

Namun, Jabatan Taman Laut Johor tampil menafikan dakwaan itu kononnya berisiko untuk orang awam bermandi-manda di tujuh pantai berkenaan. 

Pengarah Jabatan Taman Laut Johor, Bahrinah Bahrim berkata, perkara tersebut adalah yang sama pernah ditularkan pada tahun lalu.

“Ia berita palsu. Orang ramai boleh dapatkan maklumat tentang perkara itu di Facebook Taman Laut di mana ia tular tahun lepas,” katanya.

Bahrinah berkata, orang ramai perlu lebih peka dalam menerima dan menyebarkan sebarang maklumat yang betul.

Sumber: Sinar Harian
Powered by Blogger.