Header Ads

Kerajaan Malaysia akan terus berpegang kepada pendirian anti-Israel


Kerajaan Malaysia akan terus berpegang kepada pendirian anti-Israel, biarpun menerima tekanan dari badan-badan antarabangsa. 

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pada Malaysia, Israel merupakan penjenayah di peringkat antarabangsa dan Malaysia mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat mereka.

“Kita berdiri teguh dengan prinsip kita, iaitu Israel merupakan penjenayah yang melanggar undang-undang antarabangsa tanpa orang berani kata apa-apa. Jadi sudah menjadi hak kita untuk menyuarakan polisi kita.

"Malaysia tidak anti-Yahudi atau anti-Semitik. Orang Arab juga adalah orang Semitik. Tetapi kami berhak untuk mengutuk tindakan yang tidak berperi kemanusiaan dan menindas di mana-mana pun juga, oleh sesiapa sahaja.

"Kami telah mengutuk Myanmar kerana layanan terhadap orang Rohingya. Kami telah mengkritik banyak negara dan orang kerana tindakan tidak berperi kemanusiaan.

"Kami tahu sokongan yang kuat kepada Israel. Kami tidak dapat bertindak terhadap Israel tanpa enggan mengiktiraf negara itu.

"Kami kekal berpendirian memiliki hak untuk melarang warga Israel dari masuk ke nagara kami.

"Saya merayu pihak yang bersimpati dengan perjuangan Palestin untuk menyuarakan kutukan mereka.

"Keganasan bukanlah jawapan. Suatu strategi yang teratur diperlukan bagi membawa keadilan kepada rakyat Palestin," katanya. 

Sumber: Astro Awani
Powered by Blogger.