Header Ads

Kenderaan JPJ dipandu secara melawan arus?


Tular di media sosial video yang dirakam orang awam yang mendakwa kenderaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dipandu secara melawan arus di lebuh raya baru-baru ini. 

JPJ bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan memberi penjelasan berikut:

"Adalah dimaklumkan bahawa, video yang tular itu merupakan proses kalibrasi kamera AwAS dengan kerjasama pihak PLUS dan PROPEL pada 22 Januari baru-baru ini."

"Sebagai langkah keselamatan, terdapat penutupan jalan sebentar pada waktu itu di jalan kawasan Slim River dan Kampar, Perak. Oleh itu, orang ramai diharap mematuhi arahan yang diberikan dan sebarang kesulitan amatlah dikesali."


Sumber: Facebook JPJ
Powered by Blogger.