Header Ads

30,000 orang akan kehilangan kerja tahun ini?


Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) mendakwa bahawa kira-kira 30,000 orang akan kehilangan kerja tahun ini berikutan peningkatan kos bagi menjalankan perniagaan.

Bagaimanapun, Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran menafikan dakwaan MEF dan menjelaskan ada banyak peluang pekerjaan yang tersedia. 

"Sebaliknya, dengan kurang daripada 24,000 pengangguran yang dicatatkan tahun lepas, sebenarnya ada banyak peluang pekerjaan yang tersedia untuk mereka. 

"Kadar pengangguran menunjukkan tiada apa-apa yang luar biasa, tiada apa yang menakutkan," katanya. 

Sumber: Bernama
Powered by Blogger.