Header Ads

KKM tidak pernah luluskan ubat boleh pulih/cegah demam denggi


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerima aduan mengenai produk herba yang diiklankan di media sosial mendakwa boleh memulihkan dan mencegah demam denggi.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah Kesihatan KKM, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menegaskan pihaknya tidak pernah meluluskan sebarang produk herba bagi memulih dan mencegah penyakit demam denggi, zika atau chikungunya dan yang seumpama dengannya. 

Kementerian ingin menegaskan bahawa semua pengiklanan bagi produk yang berdaftar dengan PBKD perlu mendapat kelulusan Lembaga Iklan Ubat (LIU), Kementerian Kesihatan sebelum disiarkan kepada orang awam.

“Tindakan undang-undang boleh diambil ke atas iklan ubat yang disiarkan tanpa kelulusan LIU di bawah Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956.

“Jika sabit kesalahan, individu atau syarikat terbabit boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Beliau juga mengingatkan orang awam agar tidak mudah percaya dengan tuntutan yang meragukan dibuat pada sebarang produk kesihatan. 

Sebarang maklumat berhubung produk ubat yang meragukan, orang ramai boleh membuat aduan kepada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) atau menghubungi talian 03-78835400 atau emel ke npra@npra.gov.my. 

Sumber: Harian Metro
Powered by Blogger.